Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

4 Kekosongan Jawatan Jabatan Kerajaan Ini. Gaji Bermula RM2,317.00 – RM9,620.00

Posted on November 22, 2021 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG)  mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) merupakan salah satu jabatan kerajaan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA).  Jabatan ini berperanan menguruskan pengendalian eksplorasi mineral dan perlombongan galian.

Ia juga melakukan penyiasatan dan penyimpanan maklumat berkaitan kajian pelbagai bidang geosains seperti pemetaan geologi, sumber air bawah tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar, geologi marin, geofizik, dan bidang-bidang lain, kesemuanya secara sistematik.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Geosains Gred C41

  • Kekosongan: 1 (Perempuan)
  • Simpanan: 3 (Perempuan)
  • Gaji: RM2,317.00 – RM9,620.00

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kaji bumi, geofizik, fizik (geofizik), kaji bumi (geofizik) atau kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau
  • ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang perlombongan, mineral atau kaji logam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,524.01).

Cara Memohon

Bagi yang berminat, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan berikut: Portal SPA9 (KLIK SINI)

Untuk calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku tarikh tutup iklan.

Bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan, boleh didapati di pautan berikut: 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2021 (Selasa)

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme