Jawatan Kosong Terkini Di Indah Water Konsortium. Kelayakan Minima PMR/SRP atau Setaraf Dengannya

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Indah Water merupakan syarikat pembetungan nasional anda, bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem pembentungan moden dan cekap.

Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami, kami kini beroperasi dan menyelenggarakan lebih dari 6.745 loji rawatan kumbahan dan lebih 19,134km rangkaian saluran paip pembentungan yang melayani 24.3 juta penduduk.

Ibu pejabatnya terletak di No 44, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jawatan Yang Ditawarkan

Operator

  • Lokasi: Negeri Sembilan

Syarat Lantikan

Calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • PMR / SRP atau yang setaraf dengannya;
  • Boleh membaca dan menulis; dan
  • Berdisiplin serta sihat dari segi mental dan fizikal.

Tugasan Kerja

Mengendali dan menyelenggarakan loji-loji kumbahan serta membantu pasukan dalam menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).

60 thoughts on “Jawatan Kosong Terkini Di Indah Water Konsortium. Kelayakan Minima PMR/SRP atau Setaraf Dengannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *