Mulai Selasa Ini (23 Nov), RM500 Akan Dimasukkan Ke Akaun Individu Yang Memiliki SSM/Peniaga Kecil

Bagi individu yang memiliki akaun SSM/peniaga kecil yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira untuk anda semua kerana kerajaan telah melaksanakan Geran Khas Prihatin atau GKP.

Pada beberaa hari lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) Fasa 2 akan dibayar bermula Selasa ini (23 November 2021).

Bayaran fasa 2 ini ia akan dapat dimanfaatkan lebih sejuta perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro yang layak.

Apakah itu GKP?

GKP 4.0 adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Bantuan ini telah memberi manfaat kepada lebih sejuta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

Jumlah & Tarikh Bayaran GKP 4.0 Fasa 2

Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bayaran kepada para peniaga kecil di bawah GKP 4.0 bagi Fasa 2 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM500 yang telah dibayar bermula 23 November 2021.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran GKP 4.0 bagi November akan dibuat dengan cara dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Cara Semakan GKP4.0 Fasa 2

Untuk pengetahuan semua, semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh disemak. Sebarang penyaluran wang ke akaun masing-masing sama ada berjaya atau tidak, boleh disemak di pautan berikut: Log Masuk ID Pengguna GKP (Klik Sini)

Seperti dimaklumkan, pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak telah dibuat pada Selasa ini tertakluk kepada perubahan.