Jawatan Kosong Kerajaan Di Institut Milik Agensi Kerajaan Ini. Gaji Ditawarkan RM100 Sehari

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Kemahiran MARA (IKM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Guru pendidikan Islam (Lelaki))

  • Taraf jawatan : Sambilan
  • Gaji ditawarkan : RM100/ Sehari

Syarat Kelayakan Jawatan

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 05 Disember 2021.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta diploma pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia dan mana-mana yang setaraf.
  • Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah berikan dipautan berikut: KLIK SINI

Cara Memohon Jawatan

Semua permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume dan dokumen-dokumen seperti berikut.

  • Nama jawatan yang dipohon.
  • Butiran-butiran peribadi.
  • No. telefon / email
  • Pengalaman kerja
  • Salinan ijazah / Diploma / Sijil-sijil kelulusan yang berkaitan dan semua maklumat hendaklah disahkan dan benar.
  • Salinan sijil kelahiran.
  • Lain-lain maklumat yang disyaratkan berserta gambar berukuran passport 3 keping.

Semua maklumat berikut hendaklah dihantarkan ke alamat seperti berikut:

Pengarah 

Institut Kemahiran MARA Johor Bahru

Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah

Karung Berkunci 848

80990 Johor Bahru Johor

Tarikh tutup permohonan pada 5 Disember 2021

 

Related Posts