Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Selain Bantuan Kerajaan, Ini Cara Memohon Bantuan Zakat RM500 Secara One-Off

Posted on November 16, 2021November 17, 2021 by Admin

Untuk mereka yang memerlukan bantuan kewangan, selain daripada bantuan kerajaan persekutuan, terdapat beberapa bantuan lain yang disediakan pihak tertentu.

Salah satunya adalah melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli bagi menyantuni golongan B40.

Kadar Bantuan

Mereka yang layak akan menerima bantuan zakat secara ‘one-off’ sebanyak RM500 dari LZS yang akan diberikan secara berperingkat sehingga Disember tahun ini.

Syarat-syarat Kelayakan

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Cara Memohon

Bagi mereka yang layak, permohonan boleh dilakukan  secara atas talian di Portal Khas Asnaf Online LZS di pautan berikut: KLIK SINI.

Dokumen-dokumen sokongan seperti berikut juga perlu dilampirkan:

  • Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan
  • Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan
  • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja)
  • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)
  • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
  • Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja)
  • Pengesahan status perkahwinan (dimuat naik dalam lain-lain dokumen dalam portal).
  • Pengesahan / Memo status kesihatan pemohon/tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya berkaitan)
  • Sebut harga / penggesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya berkaitan)
  • Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya berkaitan)

Pemohon juga amat disarankan membaca secara terperinci penerangan daripada LZS berkenaan bantuan zakat ini di pautan berikut: KLIK SINI sebelum membuat sebarang permohonan.

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme