Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

44 Kekosongan Jawatan Di Agensi Kerajaan Ini. Gaji Dari RM1,218.00 – RM5,701.00

Posted on November 15, 2021November 16, 2021 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Agensi Kerajaan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini ialah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.

Jawatan Yang Ditawarkan

1) PEMBANTU AWAM (PENYELENGGARA RUMAH REHAT DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR) GRED H11 (KONTRAK/TETAP) DI LEGOLAND, JOHOR

  • RM1,218.00 – RM2,939.00
  • KEKOSONGAN: 01

2) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 (KONTRAK/TETAP)

  • RM1,353.00 – RM4,005.00
  • KEKOSONGAN: 02

3) ARTIS BUDAYA GRED B19 (KONTRAK)

  • RM1,360.00 – RM4,032.00
  • KEKOSONGAN: 29

4) AHLI MUZIK GRED B29 (KONTRAK)

  • RM1,499.00 – RM5,679.00
  • KEKOSONGAN: 11

5) PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 (KONTRAK/TETAP)

  • RM1,549.00 – RM5,701.00
  • KEKOSONGAN: 01

Cara Memohon

  1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.
  2. Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi, SPM, SVM, PT3, PMR, sijil-sijil dan
    lesen memandu atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.
  3. Calon yang mempunyai Diploma dan Sijil hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

Catatan

  1. Borang Permohonan secara atas talian (online) yang tidak lengkap akan ditolak.
  1. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  1. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH  BUKA IKLAN         :  13 NOVEMBER 2021(SABTU)
TARIKH TUTUP IKLAN        :   27 NOVEMBER 2021 (SABTU) 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme