Jawatan Kosong Di Badan Berkanun Kerajaan Ini. Elaun Latihan RM1,000 Hingga RM1,200

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Badan Berkanun

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) merupakan sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973.

Penubuhan ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.

Jawatan Yang Ditawarkan

Operator Pengeluaran Ladang

Pengenalan

  • Program latihan dan penyerapan kepada kerjaya dalam sektor perladangan
  • Latihan di lapangan
  • Tempoh latihan adalah selama 3 bulan (1 bulan di akademi RESB, selebihnya di ladang-ladang RISDA)

Syarat-Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-45 tahun
  • Lelaki
  • Kelulusan akademik PMR/PT3/SPM
  • Terbuka kepada semua dan peningkatan kerjaya

Faedah & Manfaat

Samasa latihan:

  • Elaun latihan: RM1,000 – RM1,200
  • Penginapan dan makan minum
  • Kemudahan perubatan & kesihatan

Setelah diserapmasuk:

  • Penginapan tempat tinggal
  • Cuti tahunan
  • Insentif (Kehadiran, tuaian, produktiviti
  • Elaun (Api & air, minyak pertrol)
  • Kemudahan perubatan & kesihatan
  • KWSP & SOCSO
  • Lain-lain kemudahan

Cara Memohon

Untuk memohon, pemohon boleh menghubungi pegawai RISDA, Encik Nabil Fikri Bin Azhar di emel ke nabilfikri@risdaestates.com.my

ATAU

telefon 013-5339058

 

Related Posts