5 Kekosongan Jawatan Di Badan Kerajaan Ini. Gaji RM1,377.00 Hingga RM2,529.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Juruukur Tanah Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Badan Kerajaan

Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) merupakan sebuah badan yang ditubuhkan pada 1 Mei 1958 di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958.

LJT memainkan peranan penting dalam memajukan profesion ukur dengan mengimplementasikan perkembangan terkini dalam sains dan teknologi.

Jawatan Yang Ditawarkan

  • Jurutera Gred J41 (1 Kekosongan)
  • Juruukur Gred J41 (2 Kekosongan)
  • Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (1 Kekosongan)
  • Juruteknik Komputer Gred FT19 (1 Kekosongan)

Gaji Permulaan: RM 1,377.00 Hingga RM2,529.00

Syarat Umum Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda mengikut jawatan yang dimohon

Untuk mengetahui syarat terperinci bagi setiap jawatan, sila pergi ke pautan berikut: KLIK SINI

Cara Memohon

Surat permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan Resume.nSemua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, salinan Sijil-sijil Akademik serta dokumen lain yang berkaitan.

Semua sijil dan dokumen hendaklah disahkan. Sebarang dokumen permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat dan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA JURUKUR TANAH
ARAS 5-7, WISMA LJT
LORONG PERAK
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2021.