Lebih 2 Juta Orang Yang Layak Memohon, Ini Bantuan RM150 Secara One Off Melalui e-Start

Berita gembira buat mereka yang memerlukan bantuan kewangan, ini kerana kerajaan telah melaksanakan pakej-pakej bantuan baru bagi tahun 2022.

Bagi menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, kerajaan akan memperkenalkan sebuah program e-dompet yang dikenali sebagai e-Start.

Cara Dapatkan

Sejumah RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun  e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Pemberian RM150 ini dijangka akan memanfaatkan lebih 2 juta belia, dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Bantuan itu nanti boleh dimanffatkan untuk pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.

Cara Mendapatkan RM150

Cara pelaksanaanya adalah dijangka sama seperti bantuan-bantuan e-dompet sebelum ini. Seperti bantuan e-dompet RM30 dan e-belia sewaktu Belanjawan 2021 dan diagihkan bermula pada 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 lalu.

Oleh itu, e-Start nanti dijangka boleh ditebus seperti mana ebelia melalui aplikasi e-tunai seperti:

  • BigPay;
  • Boost;
  • ShopeePay;
  • Touch ‘n Go eWallet.

Para penerima yang layak juga hanya boleh menuntut kredit bantuan itu daripada satu penyedia perkhidmatan e-tunai sahaja.

 

Related Posts