Jawatan Kosong Kerajaan Di Majlis Perbandaran Ini. Gaji Dari RM1,352 – RM4,003

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Kajang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ditubuhkan bagi mentadbir kawasan di sekitar Hulu Langat. Sebelum ini Hulu Langat ditadbir secara langsung oleh Pejabat Daerah Hulu Langat yang terletak di Bandar Baru Bangi mukim Kajang.

Penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

  • Taraf: Kontrak
  • Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  •  (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80);
  • Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan; dan
  • Personaliti dan perwatakan menarik.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di pautan berikut: KLIK SINI

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil Persekolahan
  • Sekeping Gambar Berukuran Pasport

Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)

Permohonan yang tidak menerima apa-apa makluman selepas enam (6) bulan dari tarikhtutup iklan adalah tidak berjaya. Calon yang dipanggil temuduga dan tiada makluman selepas enam (6) bulan dari tarikh temuduga adalah tidak berjaya.

Tarikh Tutup permohonan adalah pada 16 November 2021 (Selasa)

 

Related Posts