Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Mulai Tarikh Ini, Penerima BPR, BKC & GKP Perlu Kemaskini Data Untuk Dapat Bantuan Seterusnya

Posted on November 10, 2021November 10, 2021 by Admin

Berita gembira buat mereka yang memerlukan bantuan kewangan, ini kerana kerajaan telah melaksanakan pakej-pakej bantuan baru bagi tahun 2022.

Bagi penerima BPR 2021, BKC B40 & GKP, anda perlu mengambil maklum beberapa perkara agar anda tidak terlepas pandang dan terlepas dari menerima bantuan seterusnya.

Adakah anda perlu membuat permohonan BKM?

Seperti diterangkan di LHDN Malaysia, data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tempoh Kemaskini Data

Para pemohon perlu mengambil maklum bahawa tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai
1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Kaedah Pembayaran BKM

Terdapat beberapa kaedah pembayaran akan dilakukan:

  1. Bagi yang mempunyai akaun bank dan berjaya kredit, pemabayran akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya
    tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  2. Bagi yang mempunyai akaun bank dan gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup), tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
  3. Bagi yang tiada akaun bank, tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Bilakah tarikh pembayaran BKM akan dibuat?

Tarikh pembayaran BKM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme