Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Ini Tarikh Rasmi i-Citra RM1000 Dimasukkan Ke Dalam Akaun Individu Bagi Bulan November

Posted on November 3, 2021November 4, 2021 by Admin

Berita gembira buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ini kerana pihak KWSP telah mengumumkan tarikh rasmi bayaran bantuan i-Citra RM1000 bagi bulan November ini.

Dalam kenyataan pihak KWSP di FB, telah menyatakan secara jelas dan terperinci mengenai hal ini. Berikut adalah maklumat yang dikongsikan oleh pihak mereka.

Pengumuman Tarikh Bayaran

Dimaklumkan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan November akan dibuat secara berperingkat bermula 1 November 2021 dan pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Tarikh Bayaran Berbeza Daripada Sebelum Ini

Pihak KWSP turut menyataka bahawa bayaran i-Citra untuk bulan November sedang diproses secara berperingkat mulai 1/11/2021 dan tarikh bayaran anda mungkin berbeza daripada bulan sebelum ini.

KWSP sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan semua ahli yang membuat Pengeluaran i-Citra menerima bayaran pengeluaran masing-masing sebelum berakhirnya bulan ini.

Cara Semak Kemasukan Bayaran

Anda boleh semak status bayaran anda melalui i-Akaun (versi web) di tab Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran > klik i-Citra (tulisan warna biru). Tarikh bayaran akan dipaparkan setelah bayaran tersebut diproses pada bulan berkenaan.

Cara Daftar i-Akaun

Sekiranya anda belum mendaftar i-Akaun, boleh ‘walk-in ke kios KWSP berdekatan. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios dan ikuti langkah mudah untuk pengaktifan di pautan: https://tinyurl.com/uutprmku.

 

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme