Hanya Pekerja Gig & Tiada Gaji Tetap. Kerajaan Akan Sedia Jaminan Beli Rumah. Ini Caranya

Berita gembira buat pekerja gig seperti Foodpanda dan GrabFood rider, pengusaha kecil dan petani, ini kerana kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Kredit Perumahan seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sesi pembentangan Bajet 2022.

Ia dilaksanakan selepas mendengar keluhan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap sehingga menyebabkan mereka sukar mendapatkan pinjaman perumahan.

Namun begitu, ada antara mereka yang sebenarnya mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman tetapi tiada bukti pendapatan.

Pelaksanaan Skim Jaminan Kredit Perumahan

Bagi tahun 2022, untuk membantu kumpulan ini membeli rumah, kerajaan akan menyediakan jaminan sehingga 2 bilion ringgit kepada
bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan ini membeli rumah.

Apakah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) merupakan satu skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tidak tetap.

Skim ini juga merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

Cara Memohon

Pelaksanaan dan cara memohon bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) akan dikemas kini oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Untuk bertanya secara lebih terperinci boleh menghubungi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad seperti di bawah:

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my

 

Related Posts