Jawatan Kosong Terkini Di Prasarana (Stesen LRT). Lepasan Diploma Layak Memohon

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Prasaranan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Prasarana Malaysia Berhad adalah merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998. Ia bertujuan untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

Ia sebagai satu langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu negara tersebut. Ibu pejabatnya terletak di B-20-1, Level 20, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Stesen (Station Officer)

Tanggungjawab Kerja

Memberi sokongan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang kepada penumpang dan kakitangan di stesen LRT berkenaan dengan kemudahan, keselamatan, kebersihan, tindak balas dan bantuan kecemasan, dan sebarang tugas lain yang diperlukan.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi:

  • Diploma dalam apa jua bidang.
  • Berumur 21 hingga 35 tahun.
  • Kemahiran interpersonal yang baik.
  • Sikap menarik dan ceria.
  • Kemahiran perkhidmatan pelanggan yang baik dan boleh berkomunikasi dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Memiliki lesen sama ada B2 atau D dan calon dengan pengangkutan sendiri dianggap kelebihan.
  • Bersedia bekerja secara syif dan boleh mula serta merta.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Pemohon yang berminat boleh mengimbas Kod QR pada gambar di bawah

May be an image of 5 people, people standing and text that says "prasarana PH12 Kinrara BK 5 Khidmat Pelanggan CUSTOMEF (RET rapidKL LRTLa STATION OFFICER TRANSIT OFFICER Job Description Job Requirements Provide excellent customer service support passengers staff regards facilities, safety, cleanliness, emergency response and assistance, and any other required tasks. Diploma any discipline. 35 years old. Good interpersonal skills. Engaging cheerful attitude. Good customer service skills. both Bahasa English language license Melayu own transportation. work on shift. Contact Person Please scan apply Shaifful Fizal Bin Abdul Majid 03 2299 1999 ext 1416 603-7885 2585 Mohd Saiful Bin Latif 03 2299 1999 ext 1030 O www.myrapid.com.my myrapid MyRapidKL @MyRapidKL"

ATU mengisi borang dan menyerahkan bersama lampiran cv/resume ATAU klik pautan di berikut: https://passport.prasarana.com.my/jw/web/userview/RECRUITMENT/recruit_userview/_/employment_application

 

Related Posts