Pelbagai jawatan kosong di PERKESO: Lepasan sekolah & graduan digalakkan memohon

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

  1. PERANTISAN PERKESO
  2. PEGAWAI KERANI SAMBILAN GRED 14 (PERKESO BENTONG)

Syarat-syarat Kelayakan

PERANTISAN PERKESO

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 – 30 tahun.
  • Calon yang layak membuat permohonan adalah terbuka kepada semua lepasan sekolah dan graduan.
  • Calon perlulah mempunyai kredit dalam subjek Bahasa Melayu (SPM/SPMV).
  • Calon wajib berdaftar ke dalam Portal MYFutureJobs dan mengisi profil penuh di dalam portal berkenaan. Sila Pilih jawatan “Perantisan Perkeso” di dalam MYFutureJobs.
  • Calon boleh bekerja secara berkumpulan dengan minima pemantauan.

PEGAWAI KERANI SAMBILAN GRED 14

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Bagi calon calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka (tahun 1999 hingga sekarang) syarat “Lulus SPM” ialah;-
    • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
    • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut turut; dan memenuhi syarat Kepujian Bahasa Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25tahun pada tarikh tutup iklan
  • Mempunyai kemahiran dalam microsoft dan adobe adalah suatu kelebihan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan jawatan – PEGAWAI KERANI SAMBILAN GRED 14 boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Manakala, untuk jawatan PERANTISAN PERKESO, permohonan boleh dibuat seperti mana yang dijelaskan di bahagian syarat-syarat kelayakan di atas.

Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan dan memberikan maklumat tepat serta benar di sistem berkenaan.

Hanya calon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Iklan rasmi kekosongan rujuk – DI SINI.

Related Posts