Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Ini Senarai Bantuan BKM RM300-RM2,500 Bagi Golongan Bekelayakan Dalam Bajet 2022

Posted on October 29, 2021October 30, 2021 by Admin

Berita gembira buat mereka yang memerlukan bantuan kewangan, ini kerana kerajaan telah melaksanakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sesi pembentangan Bajet 2022.

BKM dilaksanakan bertujuan untuk memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima dengan melibatkan RM8.2 bilion

Senarai Bantuan BKM

Berikut adalah senarai mengikut kategori

  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan.
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 1,500 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai seorang hingga dua orang dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan.
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 1,000 ringgit kepada isi rumah tiada anak dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan.
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 800 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan RM2,501-RM5,000
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 600 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai seorang hingga dua orang dengan pendapatan RM2,501-RM5,000
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 400 ringgit kepada isi rumah yang tiada anak dengan pendapatan RM2,501-RM5,000
  • Bantuan tambahan sebanyak 500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.
  • Bantuan tambahan sebanya RM350 kepada bujang dengan gaji kurang RM2,500
  • Bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas.

Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan 8.2 bilion ringgit iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan 7 bilion ringgit di bawah BPR.

Cara Memohon

Pelaksanaan dan cara memohon bagi bantuan-bantuan yang disenaraikan akan dikemas kini oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Untuk bertanya secara lebih terperinci boleh menghubungi seperti maklumat berikut:

Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Setia Perdana 5 & 6, Kompleks Setia Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya

ATAU

Email: [email protected]

Nombor: 603 8000 8000

Untuk mereka yang mahu melihat senarai bantuan ini secara terperinci, boleh pergi ke pautan berikut: Ucapan Bajet 2022 (Klik Sini)

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme