Pelbagai jawatan kosong dibuka di Majlis Getah Malaysia: Tawaran gaji sehingga RM5,600

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Getah Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

  1. EKSEKUTIF KEWANGAN
    • Gaji: RM3,000 – RM4,200
    • Penempatan: KL Sentral, Kuala Lumpur
  2. EKSEKUTIF KANAN PEMASARAN & PEMBANGUNAN
    • Gaji: RM4,000 – RM5,600
    • Penempatan: KL Sentral, Kuala Lumpur

Syarat-syarat Kelayakan

EKSEKUTIF KEWANGAN

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan atau setaraf.
  • Minimum 3 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.
  • Celik komputer dengan pengetahuan asas dalam perisian Perakaunan.
  • Mampu bekerja secara bebas dengan pengawasan yang minimum.
  • Keupayaan bertutur / menulis Mandarin akan menjadi kelebihan tambahan.

EKSEKUTIF KANAN PEMASARAN & PEMBANGUNAN

  • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan.
  • Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja.
  • Menguasai bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia secara bertulis dan pertuturan yang sangat baik.
  • Mesti mahir dalam Microsoft Office.
  • Harus mempunyai pengetahuan latar belakang yang kukuh tentang pengurusan perniagaan dan proses pelaburan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan dan memberikan maklumat tepat serta benar di sistem berkenaan.

Hanya calon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Iklan rasmi kekosongan rujuk – DI SINI.

Related Posts