Tidak semua penerima BPR/BKC akan terima BKP RM500 ‘one-off’: Ini penjelasan tentang

Seperti yang dimaklumkan, pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 telah disalurkan secara berperingkat bermula pada 26 Oktober 2021.

BKP adalah sebuah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

Bagi cara pembayaran BKP, ia akan dibayar kepada yang layak berdasarkan cara pembayaran BPR/GKP/BKC seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank
    • Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Bagaimanapun, tidak semua penerima BPR/BKC/GKP akan menerima BKP. Berikut adalah penjelasannya: –

Kaedah Pelaksanaan BKP

BKP tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kriteria kelayakan BKP adalah:

  • Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
  • Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

Semakan BKP

Bagi mereka yang memenuhi kriteria atau ingin membuat semakan – ia boleh dibuat secara atas talian – DI SINI.

Maklumat terperinci mengenai BKP juga boleh dibaca – DI SINI (PDF).

Related Posts