Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
Kementerian Pendidikan dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran.
Ia merupakan sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Jawatan Yang Ditawarkan
Penolong Pegawai Tadbir N29
- Kadar Upah: RM1,800/ Bulan
- Jumlah Kekosongan: 1
- Personel MySTEP
- Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dari tutup iklan
- Mempunyai kelayakan akademik diploma dan setaraf (Multimedia, Reka Bentuk Digital atau setaraf)
- Bolehe bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan minimum
- Boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan
- Calon yang ingin memohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah diwajibkan mengemukakan contoh poster/infografik (mestilah hasil ciptaan sendiri) seperti berikut:
Poster/Infografik: “Selamat Menyambut Hari Deepavali 2021”
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar permohonan rasni dan resume ke [email protected] dengan tajuk emel PERMOHONAN MySTEP – PENTADBIRAN