Pelbagai jawatan kosong dibuka di MAIK: Tarikh tutup permohonan 31 Oktober 2021

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

  1. IMAM TUA/ IMAM MUDA
    • Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)
    • Elaun Bulanan:
      • RM1,850.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      • RM1,550.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Besar)
      • RM1,150.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)
      • RM1,350.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      • RM1,150.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Besar)
      • RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)
  2. BILAL
    • Taraf Jawatan: Berelaun
    • Elaun Bulanan:
      • RM800.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)
      • RM700.00(Masjid Mukim Besar)
      • RM700.00(Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)

 *KLIK SINI untuk senarai masjid

Syarat-syarat Kelayakan

IMAM TUA/ IMAM MUDA

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 70 tahun mengikut kad pengenalan pada tarikh iklan dikeluarkan.
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan (KLIK SINI untuk senarai masjid).
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.
  • Bagi pemohon yang berkhidmat sebagai Penjawat Awam hendaklah mendapat pelepasan daripada MAJIKAN.
  • Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut:
    • Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.

BILAL

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan (KLIK SINI untuk senarai masjid).
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau KLIK SINI untuk muat turun borang.

Borang yang lengkap seterusnya hendaklah dihantar bersama salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat:

Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

(u.p: Bahagian Agama )

Tarikh tutup permohonan pada 31 OKTOBER 2021 (AHAD). 

Iklan rasmi kekosongan, boleh dilihat dilihat – DI SINI.

154 thoughts on “Pelbagai jawatan kosong dibuka di MAIK: Tarikh tutup permohonan 31 Oktober 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *