Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Pembayaran BKP RM500 dibuat pada bulan ini ~ Penerima yang terlibat & cara pelaksanaan

Posted on October 22, 2021 by Admin

Seperti mana yang dimaklumkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pelbagai bantuan telah diperkenalkan bagi meringkan beban mereka yang terjejas.

Antaranya ialah Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) kepada mereka yang kehilangan pendapatan semasa berlakunya hambatan pandemik yang melanda.

Melalui BKP, mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya: –

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan PEMULIH – pembayaran BKP akan dibuat pada bulan Oktober 2021.

Malah, hal sama juga dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Shahar Abdullah bahawa pembayaran melibatkan peruntukan sebanyak RM500 juta itu akan disalurkan bermula pada bulan Oktober 2021.

“Bantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak 500 ringgit kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021 dengan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.” – YB Shahar Abdullah.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran BKP masih belum dimaklumkan secara tepat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Cara Pelaksanaan

Pelaksaan BKP tidak akan melibatkan sebarang permohonan, kerana penerima akan ditentukan berdasarkan semakan silang data KWSP dan PERKESO.

Makanya, data mereka yang direkodkan oleh dua badan kerajaan ini dan telah kehilangan pendapatan akan menerima bantuan berkenaan.

Amaun bayaran pula akan dibayar terus ke akaun bank penerima, seperti mana bantuan-bantuan lain sebelum ini.

Info lanjut dan lengkap berkenaan pelbagai lagi inisiatif PEMULIH, rujuk – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme