Kekosongan jawatan terkini dibuka di IKIM ~ Gaji dari RM2,092 hingga RM5,830

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

PENOLONG PEGAWAI AUDIT DALAM GRED W29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Kontrak satu tahun sehingga maksimum tiga tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Jadual Gaji: Minimum RM2,092 & Maksimum RM5,830
  • Kenaikan gaji tahunan: RM145

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira daripada politeknik tempatan atau Diploma dalam bidang perakaunan, perniagaan, kewangan, atau ekonomi yang diiktiraf oleh IKIM daripada Universiti-universiti Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan tidak kurang daripada tiga (3) tahun; dan Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pengauditan, berkebolehan menguruskan tugasan yang diberi tanpa pengawasan, mempunyai sahsiah diri yang baik, dan berkemahiran menggunakan komputer.
  • Calon telah lengkap menerima 2 dos vaksin C-19.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
No. tel.: 03-62046374

Calon juga perlu memastikan salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir disahkan terlebih dahulu dan menyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

Permohonan itu juga hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 2.00 petang, 22 OKTOBER 2021.

Hanya calon yangg melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.