Kekosongan jawatan terkini dibuka di KIAS ~ Selain gaji, elaun sehingga RM665 juga disediakan

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

PEMBANTU TADIKA

  • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Sokongan
  • Taraf Jawatan : Kontrak
  • Gred : NK17
  • Gaji : RM 1,118.13
  • Elaun : RM 665.00

Syarat-syarat Kelayakan

  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan adalah diberikan kepada calon yang:
    • Mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.
    • Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan dan memberikan maklumat tepat serta benar di sistem berkenaan.

Hanya calon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 21 OKTOBER 2021. 

Iklan rasmi kekosongan, boleh dilihat dengan KLIK SINI.

Related Posts