Sewa rumah RM124 sebulan ~ Ini syarat-syarat dan cara memohon Rumah IKRAM KPKT

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) bagi meringankan beban keluarga yang terjejas.

Tujuan Rumah IKRAM juga adalah:

  1. Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat C-19;
  2. Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.

Selain itu, pihak kementerian juga telah menetapkan sewa Rumah IKRAM KPKT sebanyak RM124 sebulan dengan tempoh setiap keluarga yang layak dibenarkan menyewa atau mendiaminya untuk maksimum selama dua tahun.

Berikut penerangan lanjut tentangnya: –

Ciri-ciri Rumah IKRAM KPKT

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat kelayakan memohon

Rumah ini boleh dimohon oleh golongan B40 yang terkesan akibat pandemik C-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di berikut:

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Senarai Projek

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2, Johor

Cara Memohon

Kepada yang berkelayakan, permohonan Rumah IKRAM KPKT boleh dibuat secara atas talian dengan melihat senarai projek di laman TEDUH KPKT (DI SINI).

Pemohon kemudiannya boleh klik pada projek perumahan terlibat untuk mengetahui perincian tentangnya dan klik ‘MOHON DI SINI’ bagi mengemukakan permohonan.

Sebarang maklumat lanjut dan maklumat terperinci berkenaan Rumah IKRAM KPKT boleh dirujuk – DI SINI.

Related Posts