Pelbagai jawatan kosong dibuka di Yayasan Didik Negara (YDN) ~ Gaji bulanan sehingga RM2,700

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Didik Negara (YDN) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

  1. KETUA PEMBANTU TADBIR 
    • Gaji: RM2,700
  2. PEMBANTU TADBIR
    • Gaji: RM2,100
  3. PEMANDU
    • Gaji:RM 1,600

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari:
    • 26 tahun (Ketua Pembantu Tadbir)
    • 20 tahun (Pembantu Tadbir)
    • 18 tahun (Pemandu)
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Ketua Pembantu Tadbir & Pembantu Tadbir
    • Penilaian Menengah Rendah (PMR) – Pemandu
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik.

*Untuk syarat-syarat kelayakan terperinci setiap jawatan, rujuk DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berkelayakan dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (KLIK SINI).

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersamasalinan resume terkini, salinan sijil akademik tertinggi dan lain-lain dokumen yang berkaitan, serta dihantar secara pos atau e-mel ke alamat:

Urusetia Yayasan Didik Negara
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Bukan Guru, Cawangan Perkhidmatan)

E-mel: bpsm.ydn21@moe.gov.my

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Manakala, pemohon yang tidak menerima sebarang panggilan ke temuduga dalam tempoh satu bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 14 OKTOBER 2021.

Iklan rasmi kekosongan rujuk – DI SINI.

Related Posts