Selain BPR, ini jumlah & bantuan lain untuk pekerja B40 & M40 yang wajib anda tahu

Bagi mereka yang bekerja serta berisiko terkena Covid-19 di tempat kerja, berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Persekutuan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melaksanakan Skim Bencana Pekerjaan.

Bagi pencarum yang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja, mereka layak mendapat faedah daripada Perkeso manakala bagi kes membabitkan kematian, pencarum yang berusia kurang 60 tahun layak untuk faedah walaupun jangkitan bukan di tempat kerja.

Bagi mereka yang ingin memohon, berikut adalah maklumat terperinci yang perlu diikuti:

Senarai Perlindungan Di Bawah Skim Ini

  • Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan
  • Kemalangan semasa dalam perjalanan
  • Kemalangan semasa kecemasan
  • Penyakit khidmat

Syarat Bagi Membuat Tuntutan Perkeso Akibat Jangkitan Covid-19

Pemohon mestilah memnuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Masih bekerja.
  • Masih aktif sebagai pencarum Socso.
  • Paling utama adalah dijangkiti Covid-19 di tempat kerja

Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia sebelum ini, pencarum terbabit dibayar 90 peratus daripada gaji mereka mengikut jumlah hari dirawat di hospital sehingga mereka disahkan negatif virus berkenaan.

Jadi, ini perkiraan pampasan yang layak diterima pekerja tersebut:

(90% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat/kuarantin

Bagi kes indeks pula, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus menilai kelayakan mereka untuk menerima faedah Perkeso.

Cara Membuat Tuntutan

  • Majikan bertanggungjawab untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada Perkeso dengan kadar segera iaitu mengemukakan permohonan melalui Borang 34.
  • Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke pejabat Perkeso yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dilengkapkan:

  • Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34 (Muat turun di pautan berikut: Klik Sini)
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil Cuti Sakit Asal
  • Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
  • Laporan Pengesahan Positif Covid-19
  • Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  • Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
  • MC / surat kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM)
  • Isi Ruang Penyakit Khidmat

Maklumat Tambahan

Pihak majikan juga perlu menyediakan kronologi penuh jangkitan di tempat kerja (Contoh : Siapa yang kena dahulu dan apa tindakan majikan apabila pekerja terkena jangkitan)

Untuk mendapatkan bantuan ini, permohonan mesti dikemukakan oleh pihak majikan.

Sumber: Sinar Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *