PUSPAKOM Buka Pelbagai Kekosongan Jawatan. Gaji Dari RM1,400 Hingga RM4,500

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak PUSPAKOM Sdn Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Tujuan penubuhannya ialah memeriksaan kenderaan lama dan baru, kereta import memenuhi piawai keselamatan yang ditetapkan. Pemilik kenderaan akan dikenakan caj tertentu dengan kadar yang sesuai.

Ibu pejabatnya terletak di 2, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor.

Jawatan Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. EKSEKUTIF PENGURUSAN, KUALITI & KONSESI
    • Gaji: RM2,500 – RM4,500
  2. EKSEKUTIF AUDIT DALAMAN
    • Gaji: RM2,500 – RM3,500
  3. JURUTEKNIK IT
    • Gaji: RM1,400 – RM2,100

Syarat-Syarat Lantikan

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki pengalaman minima dua ke tiga tahun dalam bidang berkaitan dengan jawatan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).

Related Posts