Yayasan FELDA Buka Pelbagai Jawatan Kosong. Sila Mohon Sebelum 6 November 2021

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Yayasan FELDA mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Yayasan FELDA bermatlamat melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara.

Ibu pejabat Yayasan FELDA terletak di Blok J Anjung Felda Jalan Maktab Wilayah Persekutuan, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Jawatan Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai kekosongan jawatan:

  • Tenaga Pengajar Kursus Penyediaan & Pembuatan Makanan
  • Pegawai Penilai Kursus Pastri

Syarat Umum Lantikan

Calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 21 tahun.
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya, kredit Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
  • Mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  • Mempunyai Sijil Pengajar Vokasional (VTO) melalui pengalaman mengajar dalam bidang kemahiran.
  • Mempunyai Sijil Induksi PP-PPD-PPB.
  • Boleh berkomunikasi dan mengajar dengan baik.
  • Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman mengajar kursus kemahiran.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).

Related Posts