Kementerian Kesihatan Malaysia Buka 18 Kekosongan Jurutera Gred J41. Tutup 14 Oktober

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Kementerian Kesihatan adalah salah sebuah kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia. Salah satu fungsinya adalah meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan.

Ibu pejabatnya terletak di Blok E1, E3, E6, E7 & E10, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya.

Jawatan Yang Ditawarkan

Jurutera Gred J41

  • Kekosongan: 18
  • Simpanan: 50
  • Gaji: RM2,529.00 –  RM9,643.00
  • Kenaikan tahunan: RM225.00

Syarat Lantikan

Pemohon mestilah memenuhi kritera-kriteria berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Keperluan Bidang Ditetapkan Oleh Jabatan

  • Kejuruteraan Awam ATAU
  • Kejuruteraan Mekanikal

Tugas Kerja

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Cara Memohon

Permohonan hanya perlu dilakukan secara online sahaja seperti langkah di bawah:

  • Klik di bawah untuk ke pautan yang ditetapkan. Daftar & Login di sistem baru pengambilan SPA iaitu SPA9.
    https://spa9.spa.gov.my/login
  • Daftar masuk sebagai pengguna MYID baru jika anda pemohon yang baru. Jika anda sudah mendaftar, anda hanya perlu login sahaja.
  • Isi segala maklumat yang diperlukan. Maklumat peribadi, maklumat kokurikulum, maklumat pendidikan anda. Jika anda sudah mendaftar anda hanya perlu kemaskini maklumat anda sahaja.
  • Pilih jawatan ini (Jurutera Gred J41) di bahagian pemilihan jawatan.
  • Tunggu sehingga tarikh temuduga dibuka. Anda akan dipanggil melalui email atau sms jika anda terpilih.

 

Related Posts