Ini Senarai Bantuan Untuk B40 & M40 Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Anda Perlu Tahu

Bagi mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan kewangan, berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) melaksanakan pelbagai inisiatif bertemakan ‘Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’

Ia bertujuan untuk mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang negara.

Berikut adalah senarai bantuan untuk B40 dan M40 yang dijanjikan dalam RMK-12 melalui ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berikut adalah senarai bantuan khusus untuk golongan B40 dan M40 berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)

Senarai-Senarai Bantuan:

1. Unit Rumah Mampu Milik Bagi B40 & M40

Sebanyak 500 ribu unit lagi rumah mampu milik akan dibina dalam RMKe-12 bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah.

2. Skim Perumahan Belia & Program Rent-to-Own

Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO), akan ditambah baik lagi bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran.

3.  Pemberian Wang Tunai & Perlindungan Sosial Untuk B40

Usaha yang lebih bersepadu akan dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan, dan menangani kenaikan kos sara hidup isi rumah B40 serta kumpulan mudah terjejas. Bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial, akan diteruskan kepada mereka yang layak.

4. Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar & Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di luar bandar

Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di luar bandar, dengan kos sebanyak 1.5 bilion ringgit akan diperkukuh bagi meningkatkan kebolehpasaran, kesejahteraan dan kuasa beli keluarga B40.

5. Kemasukan Ke Sekolah Berprestasi Tinggi & Biasiswa Untuk Keluarga B40

Dalam aspek pendidikan, lebih ramai murid daripada keluarga B40 akan diberikan keutamaan untuk kemasukan ke sekolah berprestasi tinggi dan pemberian biasiswa.

6. Bantuan Makanan Berkhasit Untuk Keluarga B40

Dalam aspek kesihatan pula, akses kepada penjagaan kesihatan akan diperluas. Isu kekurangan zat dan tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40 semakin meningkat.

Untuk tujuan itu, isu ini akan ditangani secara komprehensif termasuk melalui makanan berkhasiat.

7. Program Latihan, Kemahiran & Keusahawanan Untuk Golongan M40

Bagi meningkatkan keupayaan, kemahiran dan daya saing mencari pekerjaan golongan M40, program latihan dan latihan kemahiran semula serta aktiviti keusahawanan akan ditingkatkan.

8. Peluang Pendidikan Pada Kos Berpatutan Untuk Anak-Anak M40

Mereka juga akan digalakkan untuk melanggan insurans kesihatan dan pekerjaan pada kadar yang mampu dibayar. Selain itu, kita akan memastikan anak-anak M40 mendapat akses kepada pendidikan berkualiti pada kos yang berpatutan.

Maklumat Permohonan Bagi Setiap Bantuan

Pelaksanaan dan cara memohon bagi bantuan-bantuan yang disenaraikan akan dikemas kini oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Untuk bertanya secara lebih terperinci boleh menghubungi seperti maklumat berikut:

Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Setia Perdana 5 & 6, Kompleks Setia Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya

ATAU

Email: ukk@epu.gov.my

Nombor: 603 8000 8000

Untuk mereka yang mahu melihat senarai bantuan ini secara terperinci, boleh pergi ke pautan berikut:  RMK-12 (KLIK SINI)

 

 

1,777 thoughts on “Ini Senarai Bantuan Untuk B40 & M40 Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Anda Perlu Tahu