Kekosongan jawatan terkini di NAFAS ~ Calon dengan tahap kesihatan baik digalakkan memohon

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

EKSEKUTIF PEMASARAN & JUALAN

  • Taraf jawatan: Sepenuh Masa
  • Tempat: Kuantan, Pahang

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah/Diploma dalam bidang berkaitan/kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  • Pengalaman melebihi 3 tahun di dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan dalam bidang jualan jentera berat pertanian.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  • Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.
  • Sanggup bekerja di Kuantan, Pahang.

Bidang Tugas

  • Mempromosikan dan membekalkan Jentera Pertanian kepada pelanggan;
  • Mengekalkan hubungan dengan pelanggan yang sedia ada melalui perjumpaan, panggilan telefon dan e-mel;
  • Berjumpa dengan pelanggan berpotensi untuk mendapatkan perniagaan baru;
  • Mengumpulkan maklumat pasaran dan pelanggan serta memberi maklum balas mengenai perubahan trend pembelian;
  • Membangunkan pelan perniagaan dan strategi jualan untuk pasaran yang memastikan pencapaian keuntungan jualan syarikat;
  • Memberi maklum balas tepat pada masanya kepada pengurusan kanan mengenai prestasi;
  • Mengekalkan rekod yang tepat mengenai harga, jualan dan laporan aktiviti;
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh majikan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan dan memberikan maklumat tepat serta benar di sistem berkenaan.

Hanya calon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Iklan rasmi kekosongan, boleh KLIK SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *