Bantuan RM700 untuk golongan B40 berumur 18 tahun ke atas: Syarat-syarat & cara memohon

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan, bagi meringankan beban masyarakat Malaysia – khususnya kepada golongan B40.

Antaranya termasuklah melalui Skim perlindungan masyarakat mySalam iaitu sebuah inisiatif bagi menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia.

Melalui mySalam terdapat beberapa manfaat yang boleh diterima oleh golongan B40, antaranya seperti – pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Dalam masa sama, mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Akan tetapi, sekiranya anda tidak menerima SMS tersebut, semakan kelayakan mySalam turut boleh dibuat di portal rasmi mySalam – DI SINI.

Cara Menuntut mySalam

Bagi yang memasuki hospital dan ingin membuat tuntutan mySalam, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Salinan Nota Discaj
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tempoh Proses Tuntutan

Anggaran tempoh permohonan tuntutan mySalam adalah selama 10 hari setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Akan tetapi,  jika dokumen atau maklumat yang diterima tidak lengkap, ia akan mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Maklumat terperinci dan rasmi berkenaan mySalam juga boleh dilihat – DI SINI.

1,597 thoughts on “Bantuan RM700 untuk golongan B40 berumur 18 tahun ke atas: Syarat-syarat & cara memohon