UiTM buka pelbagai jawatan kosong pentadbiran ~ Gaji RM1,352 hingga RM11,769

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

  1. PEGAWAI PERUBATAN – UD47
    • Gaji: RM 5,211 – RM 11,769
  2. PENOLONG PEGAWAI KEBUDAYAAN – B29
    • Gaji: RM 1,499 – RM 5,679
  3. PENOLONG JURUTERA (BIDANG: AWAM) – JA29
    • Gaji: RM 1,549 – RM 5,701
  4. PEGAWAI EKSEKUTIF (HAL EHWAL ISLAM) – N29
    • Gaji: RM 1,493 – RM 5,672
  5. JURUTEKNIK KOMPUTER – FT19
    • Gaji: RM 1,493 – RM 5,672
  6. KERANI (HAL EHWAL ISLAM) – N19
    • Gaji: RM 1,352 RM 4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut syarat khusus yang ditetapkan bagi setiap jawatan.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

*Untuk syarat-syarat kelayakan terperinci setiap jawatan, rujuk DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di sistem tersebut, dan memberikan maklumat secara tepat dan benar bagi memudahkan urusan permohonan.

Sekiranya pemohon terpilih untuk ditemuduga, pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan satu salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat).
  • Dokumen berkaitan yang dipohon

Tarikh tutup permohonan pada 08 OKTOBER 2021 sebelum jam 5 petang. 

Iklan rasmi kekosongan jawatan rujuk – DI SINI (PDF).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *