Permohonan Jawatan Guru KAFA Dibuka Bagi Pengambilan tahun 2022. Berikut cara mohon

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman terletak di Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja, 05676, Alor Setar, Kedah, 05460.

Jawatan Yang Ditawarkan

Guru KAFA

  • Untuk pengambilan tnun 2022

Syarat Khas Lantikan

Calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:
  • Kepujian Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu;
  • Kepujian Pendidikan Islam ATAU kepujian Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ATAU kepujian Pendidikan Syariah Islamiah; dan
  • Lulus Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya
  • Tinggal dan bermastautin di Negeri Kedah.
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat di atas akan ditolak.

Persediaan Sebelum Mengisi Permohonan

1. Gambar berukuran pasport (softcopy).
2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (softcopy).
3. Rakaman video bacaan al-Quran (Format video)
– Rakaman hendaklah berdurasi tidak melebihi 2 minit dan saiz video tidak melebihi 100mb.
– Rakaman menggunakan resolusi yang rendah atau sesuai.
– Sekiranya saiz video melebihi 100mb, proses pemampatan (compress) perlu dibuat.
– Kaedah pemampatan (compress) boleh menggunakan aplikasi secara muat turun atau dalam talian (online).
– Rakaman video hendaklah jelas suara bacaan dan memaparkan separuh badan termasuk muka.
– Sila pilih salah satu surah di bawah untuk rakaman video:
a) Surah Toha (طه) ayat 1 hingga 12
b) Surah At-Taubah ayat 1 hingga 4
c) Surah As-Syura ayat 1 hingga 7
d) Surah Al-Qasas ayat 1 hingga 6
e) Surah Al-Hujurat ayat 1 hingga 5

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan Guru KAFA (KLIK SINI).

Related Posts