Pelbagai Jawatan Kosong Dibuka di FAMA. Gaji Ditawarkan Dari RM1,258.40 – RM3,291.20

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar.

Ibu pejabatnya terletak di Bangunan FAMA Point Lot 17304, Jalan Persiaran 1 Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves.

Jawatan Yang Ditawarkan

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  • Kerani Kewangan (RM1,324.95 hingga RM3,291.20)
  • Jurumovan (RM1,324.95 hingga RM3,291.20)
  • Jurujual (RM1,258.40 hingga RM2,589.40)

Syarat Umum Lantikan

Calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

* Untuk melihat syarat kelayakan bagi setiap jawatan boleh pergi ke pautan berikut: Syarat Kelayakan Terperinci (KLIK SINI)

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Sijil SRP/PMR/PT3, Sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
    yang terkini
  • Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Pengarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point
Lot 17304 Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Tarikh tutup perhomonan pada 5 Oktober 2021 (Selasa)

 

Related Posts