Bantuan kewangan sehingga RM350 sebulan ~ Ini syarat-syarat & cara memohon Bantuan Am Negeri

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan dan terjejas.

Antaranya termasuklah Bantuan Am Negeri yang memberikan bantuan kewangan minimum RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.

Objektif bantuan ini adalah diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Ini merupakan maklumat lanjut berkenaan Bantuan Am Negeri:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata¬† Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata¬† Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, ia boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Borang permohonan boleh dimuat turun – DI SINI.

Untuk memudahkan proses permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat rami berkenaan Bantuan Am Negeri turut boleh dirujuk – DI SINI.

Related Posts