Kekosongan Pelbagai Jawatan Di Telekom Malaysia Berhad (TM). Berikut Cara Memohon

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Telekom Malaysia (TM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Telekom Malaysia Berhad merupakan syarikat telekomunikasi Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih.

Ibu pejabatnya terletak di Level 51, North Wing, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 50672, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur.

Jawatan Yang Ditawarkan

  • AGM General Application Development Specialist
  • Penolong Pengurus Jurutera Cloud Network
  • Penolong Pengurus DC Building/HT Chargeman KVDC
  • Penolong Pengurus Perkhidmatan Keselamatan Maklumat
  • Penolong Pengurus Microsoft COE
  • Penolong Pengurus RTA TMCC Central
  • Penolong Pengurus Virtual System Engineer Dev 3
  • Penolong Pengurus Besar Microsoft COE
  • Penolong Pengurus Besar Professional Services Office
  • Konstable Polis Bantuan (HQ/KL/Selangor)
  • Konstable Polis Bantuan (Johor, Kelantan, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
  • Pengurus AI Delivery
  • Pengurus Besar Pembangunan Aplikasi
  • Pengurus Perkhidmatan Keselamatan Maklumat
  • Pengurus Virtual System Engineer Architect
  • Mgr AM FM Media Broadcasters
  • Mgr Product Management

Syarat Umum Lantikan

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: TM Career (KLIK SINI).