GKP 4.0 akan mula dibayar bermula pada Selasa ini ~ Jumlah bayaran & semakan kelulusan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) akan mula dibayar kepada yang layak pada 21 September atau Selasa ini.

Katanya, bantuan itu akan memberi manfaat kepada lebih sejuta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

GKP 4.0 adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan GKP 4.0: –

Jumlah Bayaran

Pembayaran GKP 4.0 akan melalui dua fasa iaitu pada bulan September dan November 2021:

Kaedah Pembayaran

Pembayaran GKP 4.0 akan dibuat dengan cara dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Diingatkan bahawa akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Sekiranya pemohon gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran GKP 4.0 – proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal kerana pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Semakan Status

Kepada yang telah memohon, semakan status GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP – KLIK SINI.

Maklumat terperinci berkenaan GKP turut boleh dirujuk – DI SINI.