Kekosongan jawatan terkini dibuka NAHRIM ~ Gaji dari RM2,315 sehingga RM9,618

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) di Kementerian Alam Sekitar dan Air kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Kekosongan

PEGAWAI PENYELIDIKAN – GRED Q41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Gaji: RM2,315 – RM9,618
  • Kenaikan tahunan: RM225

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau
  • Ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau
  • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau
  • Ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).

Deskripsi Tugas

  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
  • Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di portal SPA9.

Untuk calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku tarikh tutup iklan.

Bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan, boleh didapati DI SINI.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 SEPTEMBER 2021.

Related Posts