Bagi mereka yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan Bantuan Kewangan Bulanan.
Misi utama skim bantuan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membantu asnaf dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
Dalam artikel ini akan diterangkan secara terperinci semua perkara yang perlu dilakukan untuk melayakaan diri anda mendapat bantuan ini. Berikut adalah penerangannya:
Syarat Umum Pemohon
Pemohon mestilh memenuhi syarat-syarat berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
*Bagi mereka yang ingin mengira Had al-Kifayah, boleh pergi ke pautan berikut: Kalkulator Had Kifayah (Klik Sini)
Dokumen-Dokumen Permohonan
Permohonan perlulah mempunyai dokumen-dokumen seperti di bawah:
- Borang permohonan (Borang Bantuan PDF)
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
- *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
- Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
- Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
Lain-Lain Dokumen Jika Berkaitan
- Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
- Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
- Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.
- Orang Kelainan Upaya: Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
- Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
- Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
- Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
- Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.
Cara Memohon
Bagi mereka yang layak dan ingin memohon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat permohonan:
- Melengkapkan semua dokumen yang diperlukan seperti di atas
- Dokumen yang telah lengkap boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.
*Senarai-senarai kaunter boleh dilihat di pautan berikut: Senarai Kaunter (Klik Sini)