Jawatan Terkini Bagi 46 Kekosongan Pegawai Pertanian Gred G41. Tarikh Tutup 19 September

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pertanian Malaysia melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Pertanian Malaysia merupakan salah sebuah jabatan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan. Visinya adalah ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya sain, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasikan eksport.

Ibu pejabatnya terletak di Jabatan Pertanian Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Pertanian Gred G41

  • Kekosongan: 46
  • Simpanan: 13
  • Gaji: RM2,084.00 – RM9,551.00
  • Kadar kenaikan tahunan: RM225.00

Syarat Lantikan

Calon mestilah mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37); atau
  •  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57).

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: Log Masuk Pemohon SPA (KLIK SINI)

 

Related Posts