Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Rayuan BPR akan dibayar pada bulan September 2021: Punca-punca menpermohonan ditolak

Posted on September 11, 2021 by Admin

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah skim bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2021 bagi meringankan beban rakyat yang terjejas kerana pandemik.

Akan tetapi, masih terdapat mereka yang ditolak permohonan mereka atas beberapa faktor – yang antaranya adalah:

  1. Maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan semakan data JPN.
  2. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000 (bagi kategori Isi Rumah) / pendapatan pemohon melebihi RM2,500.
  3. Pemohon / pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian.
  4. Semakan mendapati anak mempunyai pendapatan yang tinggi.
  5. Semakan mendapati Pemohon / Pasangan telah menerima Geran Khas Prihatin (GKP).

*Banyak lagi faktor yang menyebabkan permohonan BPR tidak dilulus, KLIK SINI untuk senarai penuh. 

Semakan Rayuan

Kepada yang telah mengemukakan rayuan, semakan semula rayuan boleh dibuat di laman rasmi BPR – DI SINI, dengan cara:

  • Pergi ke Portal Rasmi BPR LHDNM
  • Klik pada Menu MyBPR
  • Klik pada Maklumat Rayuan.
  • Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.

Akan tetapi, tarikh khusus semakan status rayuan masih belum dimaklumkan oleh pihak kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan PEMULIH pada 28 Jun lalu, beliau ada mengatakan bahawa pembayaran Rayuan BPR akan dibuat pada bulan September 2021.

“Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR. Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah 4.9 bilion ringgit.” – Katanya, klik sini untuk ucapan penuh.

Sebarang maklumat lanjut dan terperinci berkenaan Rayuan BPR boleh dirujuk – DI SINI (PDF).

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme