Jawatan Kosong Pemandu Lori Di Tiau Yoke Food Sdn. Bhd. Gaji RM2,500 Hingga RM3,500

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Tiau Yoke Food Sdn. Bhd. mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Ditubuhkan pada tahun 1975, Tiau Yoke Food Sdn. Bhd. kini menjadi salah satu peneraju pasaran industri mi segar tempatan. Kami menyempurnakan seni pembuatan mi.

Ibu pejabatnya terletak di No. 180, Jalan 16, Taman Perindustrian Ehsan Jaya, 52100 Kuala Lumpur, Selangor.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pemandu Lori (Lorry Driver)

  • Gaji: RMRM2,500 – RM3,500
  • Lokasi: Kuala Lumpur

Syarat Lantikan

  • Calon mesti mempunyai Lesen Kelas E dan GDL
  • Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  • Diperlukan sekurang-kurangnya 1 Tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan
  • Mengetahui selok belok laluan lembah Klang adalah kelebihan tambahan
  • Mampu memuat dan memunggah barang dengan cekap
  • Mampu memulakan kerja dengan segera.

Tugasan Kerja

  • Memeriksa dan membersihkan kenderaan.
  • Mengangkut barang dengan selamat ke dan dari pusat pengedaran.
  • Mematuhi peraturan jalan raya dan mengikuti peraturan keselamatan syarikat
  • Mengikuti prosedur kemalangan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar, menghantar resume dan surat permohonan di pautan berikut: JOBSTREET JAWATAN PEMANDU LORI (KLIK SINI)