Jabatan Penerangan Malaysia buka 48 kekosongan jawatan terkini: Gaji RM1,352 ~ RM4,003

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Penerangan Malaysia (Semenanjung) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Info Jawatan

PEMBANTU PENERANGAN GRED S19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Kenaikan tahunan: RM100
  • Kekosongan: 18
  • Simpanan: 30

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80).

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab membantu Pegawai Penerangan Daerah/ Penolong Pegawai Penerangan melaksanakan kegiatan luar dan kegiatan sivik, menyampaikan ceramah dan penerangan kepada orang ramai, mengumpul dan memajukan laporan reaksi, menyediakan jadual lawatan bulanan, merekod dan mengedar bahan-bahan penerbitan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di portal SPA9.

Untuk calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku tarikh tutup iklan.

Bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan, boleh didapati DI SINI.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 SEPTEMBER 2021.

Related Posts