Jawatan Terkini Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 – Gaji RM2,081 Sehingga RM9,547


Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

MAKLUMAT JABATAN File:Putrajaya Malaysia Ministries-at-Dataran-Gemilang-01.jpg - Wikimedia  Commons

Nama Jabatan
Jabatan Pertahanan Awam

Deskripsi Jabatan
Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.

Lokasi Jabatan
Jabatan  Perdana Menteri, Jalan Maktab Perguruan Islam, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

Deskripsi Tugas 
Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.

Syarat Kelayakan
1. Syarat Akademik :
a. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan
b. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan

2. Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

Gaji Yang Ditawarkan
a. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : RM2,081.00 (Gred KP41)
b. Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian :  RM 2,285 (Gred KP41)

Cara Permohonan
Semua permohonan hendaklah dibuat pada pautan disini

Tarikh Tutup Permohonan
Mohon sebelum 15 September 2021

Iklan Penuh Permohonan – klik disini

 

Related Posts