Jawatan Kosong Terkini Di RISDA 2021. Gaji bermula dari RM1,494 Sehingga RM9,618

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973.

Ibu pejabatnya beralamat di Bangunan RISDA, Km 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur.

Jawatan Yang Ditawarkan

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41

  • Gaji: RM2,315 – RM9,618
  • Kekosongan: 3
  • Taraf jawatan: Tetap
  • Penempatan: Ibu Pejabar RISDA

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN – GRED G29

  • Gaji: RM1,494 – RM5,674
  • Kekosongan: 46
  • Taraf jawatan: Tetap
  • Penempatan: Seluruh Malaysia

Syarat Lantikan

Bagi PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41. Berikut syarat-syaratnya:

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer
  • Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer
  • Atau mana-mana bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Calon hendaklah memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.

Bagi PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN – GRED G29. Berikut syarat-syaratnya:

  • Diploma dalam bidang sains pertanian atau pengurusan ladang
  • Atau mana- mana bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Calon hendaklah memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang ingin mencuba, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: MYFUTUREJOBS (KLIK SINI)

Related Posts