Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Info Jawatan
- Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran
- Gaji: RM6,640 – RM11,370
- Penolong Pengurus (Bahagian Audit Dalam)
- Gaji: RM5,900 – RM8,260
Syarat-syarat Kelayakan
Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran
- Minimum Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana di dalam bidang ini adalah merupakan satu kelebihan;
- Memiliki sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam bidang sumber manusia; dan
- Berpengetahuan dalam Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Industri 1967 dan yang berkaitan seperti KWSP, PERKESO, Cukai Pendapatan dan sebagainya.
Penolong Pengurus (Bahagian Audit Dalam)
- Warganegara Malaysia;
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakauan atau Kewangan atau yang setara;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang audit; dan
- Mempunyai pengetahuan dalam bidang Perakaunan, Audit Dalam, Perundangan, Sumber Manusia dan lain-lain yang berkaitan adalah merupakan satu kelebihan.
Cara Memohon
Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.
Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan dan memberikan maklumat tepat serta benar di sistem berkenaan.
Hanya calon yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 September 2021 (Penolong Pengurus) dan 15 September (Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran)
Iklan rasmi kekosongan jawatan, boleh didapati DI SINI.