Jawatan Terkini Pekerja Sambilan Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). RM100 Sehari

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Agensi ini bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pekerja Sambilan Harian (PSH) Pegawai Psikologi

  • Kekosongan jawatan: 2
  • Kadar upah: RM100 Sehari (Terkakluk kepada pencapaian KPI harian)
  • Tempoh Perkhidmatan: 3 bulan
  • Waktu bekerja: Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua
    Jabatan.

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran sebagai Kaunselor daripada Lembaga Kaunselor Malaysia.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: MOHON SEKARANG (KLIK SINI)