Jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI): Gaji RM1,549 ~ RM5,701

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Jawatan

Penolong Jurutera – Gred JA29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM160
  • Imbuhan Tetap Perumahan: RM300
  • Elaun Sara Hidup: RM200

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan maksimum berumur 54 tahun
  • Sijil dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
  • Diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan.

Merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Cara Memohon

Kepada yang beriminat, permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Permohonan secara atas talian perlulah diisi dengan lengkap dan sekiranya tidak lengkap – ia akan ditolak dan tidak diproses.

Setelah permohonan lengkap diisi:

  • Sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
  • Sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);
  • Cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah:
    • Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak.
  • Pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

Hanya calon yang melepasi syarat-syarat kelayakan dan tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Iklan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Tarikh tutup permohonan pada 31 OGOS 2021.