Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
Secara rasminya, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983, Akta 282.
PERDA adalah sebuah lembaga yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyelia pembangunan pertanian di Pulau Pinang. Bertepatan dengan misi ini, PERDA ingin menambah tenaga sumber manusianya dengan jawatan berikut:
Jawatan Yang Ditawarkan
Penyelia Asrama N19 (Lelaki)
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
- Memiliki pengalaman bagi jawatan tertentu adalah kelebihan tambahan.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: MOHON SEKARANG (KLIK SINI)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Ogos 2021. Untuk maklumat tambahan, panggilan ujian atau temuduga akan dihebakan melalui email atau sistem pesanan ringkas (SMS).
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh masa enam (6) bulan, makan permohonan dianggap tidak berjaya.